Najib tiada masalah siasatan 1MDB dibuka kembali


BEKAS perdana menteri Najib Razak tidak mempunyai masalah dengan rancangan Kementerian Kewangan untuk membuka kembali siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dilakukan Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Katanya, jawatankuasa berkenaan sebelum ini sudah melepaskannya daripada sebarang salah laku sebagi perdana menteri dan menteri kewangan dalam skandal kewangan dana pelaburan negara itu.

“Saya tiada apa hendak bantah jika mereka mahu membuka semula (siasatan) kerana kita mahu cari kebenaran.

“Jika mereka mahu buka semula, itu hak PAC tetapi bukan semata-mata mahu cari salah,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Usul untuk membuka semula siasatan ini wujud sebagai perkara nombor lima dalam Peraturan Mesyuarat dan dijangka dibentangkan menteri kewangan.

Najib berkata berbanding mencari salah, kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha pembangunan negara.

“Mereka diberikan mandat untuk mentadbir negara, mereka seharusnya beri tumpuan kepada bagaimana hendak bangunkan negara dengan cari sumber kekayaan baharu, bangunkan negara dan bantu rakyat,” katanya. – 15 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen