KEROSAKAN berlaku pada satu permainan di Pesta Ohio menyebabkan seorang maut selepas tercampak ke udara, sementara tujuh lagi cedera dalam satu kejadian semalam, lapor media Amerika Syarikat.
Gabenor Ohio John Kasich mengarahkan semua permainan di pesta itu ditutup selepas kemalangan berlaku terhadap permainan Fire Ball iaitu sejenis buaian gergasi.
Jurucakap bomba memberitahu wartawan mangsa yang maut ialah seorang remaja lelaki 18 tahun tercampak 15 meter dan terbunuh di tempat kejadian.
Tiga lagi dilaporkan dalam keadaan kritikal dan empat lagi stabil.
Rhonda Burgess, yang berada di pesta itu bersama tiga anaknya memberitahu CNN kemalangan itu berlaku apabila kerusi terputus daripada permainan itu hingga menyebabkan penumpang tercampak. – AFP, 27 Julai, 2017.
Komen