Kelab golf di Kuching turunkan gerbang Merdeka selepas dikritik


Desmond Davidson

Timbalan Ketua Menteri James Masing mempersoalkan tulisan pada gerbang yang dikatakan tidak tepat. – Gambar The Malaysian Insight, 15 Ogos, 2018.

SAMBUTAN Hari Merdeka di Sarawak terus menjadi perhatian apabila kelab golf di Kuching terpaksa mengalihkan gerbang kemerdekaan dari pintu utamanya.

Kelab Golf Sarawak di Petra Jaya membuka gerbang sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos selepas menerima kritikan hebat daripada Timbalan Ketua Menteri James Masing berhubung ketidaktepatan sejarahnya.

Masing mempersoalkan “pemikiran” dan pengetahuan pengurusan kelab mengenai pembentukan Malaysia dengan tulisan pada gerbang itu “Selamat Kemerdekaan yang ke-61”.

“Enam puluh satu tahun lalu, Malaysia tidak wujud,” kata Masing.

Malaysia dibentuk hanya 55 tahun yang lalu pada 16 September 1963, ketika Sarawak, Sabah dan Singapura, yang kemudiannya dikeluarkan, bersetuju untuk bergabung dengan Tanah Melayu dalam persekutuan negeri.

Gerbang itu menarik perhatian Masing apabila beliau ke kelab itu untuk menyampaikan hadiah pertandingan golf.

Presiden kelab itu ialah Ketua Menteri Abang Johari Openg dan timbalan presiden jawatankuasa pengurusannya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohd Morshidi Abdul Ghani.

Masing mengkritik sambutan Hari Merdeka di sekolah Sarawak dan pemimpin negeri Pakatan Harapan yang menggesa 31 Ogos diraikan dengan penuh semangat.

Beliau berkata pemimpin persekutuan dan rakyat Malaysia di Semenanjung, sebaliknya pula tidak menunjukkan minat terhadap perayaan hari kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai. – 15 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen