Kerajaan mahu ketua audit, PAC buka semula siasatan 1MDB


Melati A. Jalil Chan Kok Leong

Hasil siasatan mengenai 1MDB yang dijalankan ketua audit negara dan PAC akan dijadikan umum kepada orang ramai. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Ogos, 2018.

SATU usul agar siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dibuka semula, yang dijalankan oleh Ketua Audit dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, menurut Aturan Mesyuarat hari ini.

Usul itu berkata semua penemuan akan dijadikan umum kepada orang ramai.

Perkara No. 5 dalam aturan mesyuarat berkata: “Dewan Rakyat memutuskan Ketua Audit dan PAC menjalankan lagi siasatan terperinci ke atas penggelapan wang dan skandal berkenaan 1MDB dan syarikat-syarikat yang berkaitan, untuk memulihkan martabat Dewan Rakyat, dan semua maklumat yang berkaitan harus dijadikan umum.” – 15 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen