ITALI dalam keadaan terkejut apabila berpuluh-puluh orang terbunuh apabila sebuah jejambat runtuh ketika hujan lebat di ibu kota Genoa, semalam.
Runtuhan itu turut terkena landasan kereta api di ibu kota itu, ketika jejambat berkenaan sedang dalam kerja penyelenggaraan, sementara wilayah Liguria, di mana terletaknya Genoa sedang mengalami hujan lebat.
“Malangnya, kira-kira 30 orang maut dan ramai yang cedera parah,” kata Menteri Dalam Negeri Matteo Salvini.
Perdana Menteri Giuseppe Conte kemudian berkata jumlah kematian 25 orang dan mungkin meningkat susulan anggota penyelamat sedang melakukan operasi mencari mangsa yang terselamat.
Presiden Itali Sergio Mattarella berkata malapetaka yang menimpa Genoa dan seluruh Itali itu amat menyedihkan dan rakyat mahu tahu siapa yang bertanggungjawab.
Anggota penyelamat masih mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan, dan berkata masih banyak mangsa bakal ditemui, sementara helikopter sibuk memindahkan mangsa terselamat ke hospital.
Kereta dan trak turut terperangkap dalam runtuhan itu manakala bangunan berhampiran musnah teruk akibat konkrit yang pecah. – AFP, 15 Ogos, 2018.
Komen