PENCARI suaka politik dari Afghanistan ditahan selepas melancarkan serangan pisau di pekan Perigueux, menyebabkan empat cedera termasuk seorang parah, kata polis pada Selasa.
Insiden berkenaan berlaku pada awal pagi Isnin selepas lelaki berusia 19 tahun itu, yang diketahui mempunyai masalah mental menurut pihak berkuasa tempatan bertindak menetak kereta di luar rumahnya.
Ketua pasukan perubatan di kawasan berkenaan, Jean-Jacques Girard memberitahu akhbar Sud-Ouest daily, suspek dilihat menendang dan mengetuk kereta dan kemudian bertindak mengelilingi seorang pengguna jalan raya wanita.
Dua anggota paramedik yang menyaksikan kejadia itu cuba menenangkan suspek yang kemudiannya menghilangkan diri dalam rumahnya sebelum kembali dengan pisau dan menyerang mereka menyebabkan dua orang cedera di leher dan kepala.
Suspek itu kemudiannya menyerang dua adik beradik berusia 64 dan 68 tahun yang tinggal bersebelahan rumahnya menyebabkan seorang daripadanya mengalami kecederaan pada paru-paru dan seorang lagi cedera di belakang badan.
Suspek kemudian berjaya dihalang oleh salah seorang daripada adik beradik mangsa yang berasal dari Cameroon yang tampil bergelut dengan suspek dan merampas pisau dari tangannya.
Polis kemudian menahan lelaki terbabit dan menolak sebarang motif pengganas berhubung serangan itu. – AFP, 14 Ogos, 2018
Komen