11 cedera dalam insiden letupan di Pakistan


Anggota pasukan keselamatan Pakistan berkawal di lokasi kejadian. Bom berkenaan yang diletakkan dihadapan sebuah kedai diletupkan menggunakan alat kawalan jauh. – Gambar EPA, 14 Ogos, 2018.

SEKURANG-kurangnya 11 orang cedera selepas sebutir bom meletup di wilayah Balochistan di barat daya Pakistan pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan.

Beberapa militan yang tidak dikenali telah memasang bahan letupan terbabit di depan sebuah kedai dan meletupkannya menggunakan alat kawalan jauh di daerah Nushki, lapor Geo News.

Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke sebuah hospital berhampiran. 

Belum ada kumpulan yang tampil mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. – Bernama, 14 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen