BINTANG Liverpool Mohamed Salah berdepan tindakan undang-undang selepas dilaporkan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Aksi Salah tersebut tersebar dalam media sosial dan pihak kelab telah menyerahkan video berkenaan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Jurucakap Liverpool yang tidak dinamakan berkata, mereka menyerahkan video itu selepas mengadakan perbincangan dengan Salah.
“Selepas berbincang, kami mahu memastikan pihak polis sedar tentang video Salah yang tersebar di media sosial,” kata jurucakap itu seperti dilaporkan BBC.
“Kami juga memaklumkan kepada Salah dan menunggu untuk tindakan lanjut.
“Kelab dan pemain tidak boleh mengeluarkan sebarang komen berkenaan isu ini.”
Pihak polis Merseyside mengesahkan mereka menerima video berkenaan.
“Kes ini akan diserahkan kepada jabatan yang berkenaan. Terima kasih kerana memaklumkan hal ini kepada kami.”
Salah boleh dikenakan denda sehingga £1,000 (RM5,230) dan potongan mata lesen memandu jika didapati bersalah. – AFP, 14 Ogos, 2018.
Komen