Sejumlah pejalan kaki cedera akibat rempuhan kereta di luar Parlimen Britain


Pihak keselamatan Britain berkawal di luar bangunan Parlimen susulan insiden sebuah kereta merempuh penghadang jalan. – Gambar AFP, 14 Ogos, 2018.

SEJUMLAH pejalan kaki dilaporkan cedera apabila sebuah kereta merempuh penghadang jalan di luar Dewan Parlimen di London hari ini.

Insiden itu menyebabkan anggota polis lengkap bersenjata bertindak pantas menahan pemandu kenderaan tersebut, kata Scotland Yard.

“Seorang pemandu lelaki telah ditahan di lokasi kejadian.

“Sejumlah pejalan kaki mengalami kecederaan akibat insiden itu,” katanya tanpa menjelaskan jumlah mangsa yang terlibat.

Bagaimanapun polis berkata siasatan awal mendapati kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan tetapi hanya kemalangan biasa.

Tahun lalu, satu serangan pengganas berlaku di berhampiran bangunan Parlimen yang terletak di Westminster itu apabila rakyat Britain, Khalid Masood, 52, merempuh pejalan kaki di jambatan Sungai Thames sebelum menikam mati seorang anggota polis di luar Parlimen.

Serangan berdarah itu menyebabkan lima orang terbunuh dan 50 mangsa lagi cedera manakala Khalid ditembak mati oleh anggota polis. – AFP, 14 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen