MCA pilih muka baru sebagai calon PRK Balakong


Gan Pei Ling

Tan Chee Teong diperkenalkan sebagai calon MCA bagi pilihan raya kecil Balakong di majlis di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Ogos, 2018.

MCA akan meletakkan muka baru, ahli perniagaan Tan Chee Teong, sebagai calon dalam pilihan raya kecil (PRK) Balakong ketika parti itu berusaha keras selepas kekalahan drastik pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Balakong adalah kawasan yang berkembang pesat; ia memerlukan wakil rakyat yang sangat aktfi,” kata Timbalan Presiden MCA Wee Ka Siong ketika memperkenalkan Tan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata ahli parti veteran dari Serdang akan menjadi penasihat dan mentor kepada Tan.

Tan pernah menjadi Ahli Jawatankuasa MCA Serdang tetapi kini tidak memegang sebarang jawatan parti.

Balakong adalah sebahagian daripada kerusi Parlimen Serdang, yang dinamakan semula Bangi dalam persempadanan semula yang digunakan pada PRU14 tahun ini.

Kerusi itu menjadi kubu kuat MCA dari 1995 hingga 2004 tetapi sejak 2008, DAP memenangi kerusi negeri dengan majoriti yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, Wee enggan mendedahkan strategi kempen dan sasaran pilihan raya MCA.

Beliau mengulangi kenyataan Presiden MCA, Liow Tiong Lai yang mengatakan PRK Balakang akan menjadi pertempuran yang sengit kerana calon MCA sebelumnya kehilangan deposit pada PRU14.

“Ia adalah 35,000 majoriti. Kita perlu realistik,” kata Wee. – 14 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen