Putrajaya ingin mahkamah isytihar 1MDB sebagai pemilik Equanimity


Kerajaan bercadang untuk mendapat pengisytiharan mahkamah yang 1MDB adalah pemilik kapal pesiar mewah The Equanimity bagi membolehkan ia dijual. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Ogos, 2018.

PUTRAJAYA sedang berusaha mendapatkan pengisytiharan mahkamah untuk menamakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai pemilik sah kapal pesiar mewah The Equanimity.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata kerajaan bercadang untuk mendapat pengisytiharan yang 1MDB adalah pemilik kapal pesiar mewah bagi membolehkan ia dijual.

Langkah untuk mendapatkan perintah mahkamah adalah perlu bagi membolehkan penjualan kapal pesiar mewah itu.

“Kami sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk menjual kapal pesiar dan pengisytiharan mahkamah bahawa kumpulan 1MDB adalah pemilik sah atau benefisial kapal atau pemilik-sebahagian,” katanya kepada Dewan Rakyat hari ini.

Liew merujuk kepada Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, pemilik The Equanimity.

Liew juga berkata kerajaan sedang menunggu Low untuk kembali dan menuntut kapal itu, yang sebelum ini dikatakan dirampas secara salah.

“Kerajaan kini menunggu Jho Low untuk menuntut semula kapal jika beliau mendakwa ia adalah miliknya. Kami sentiasa menunggu Jho Low.”

Menurut afidavit yang dikemukakan kepada mahkamah, Liew berkata Low memiliki Equanimity sejak Jun 2014. –14 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen