PIHAK berkuasa Greece mengisytiharkan darurat di Pulau Evia, 80 kilometer di utara Athens, susulan kebakaran besar yang berlaku pada petang Ahad, menyebabkan ratusan penduduk kampung terpaksa dipindahkan, lapor Xinhua.
Giorgos Psaras, Datuk Bandar perbandaran Dirfia dan Messapies, dua bandar paling teruk terjejas, memberitahu Televisyen Skai, punca kebakaran disyaki perbuatan khianat.
Lebih 180 anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran, dibantu helikopter, kata ketua jabatan bomba tempatan Vangelis Palios kepada agensi berita AMNA.
Pada 23 Julai lalu, Greece ditimpa tragedi paling dahsyat dalam tempoh sedekad apabila kebakaran hutan berlaku di timur Attica, menyaksikan 93 nyawa terkorban. – Bernama, 13 Ogos, 2018.
Komen