PEMBANGKANG Sabah mempersoal pelantikan seorang jurutera sektor swasta sebagai pengarah Jabatan Air Sabah baharu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas Nizam Abu Bakar Titingan berkata kerajaan negeri boleh memilih seseorang dalam kalangan penjawat awam negeri untuk dinaikkan pangkat ke jawatan itu tetapi sebaliknya melantik Amarjit Singh, yang pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) suatu ketika dahulu.
“Ini satu tamparan hebat buat pegawai kerajaan sedia ada.
“Rakyat Sabah juga merungut. Saya sendiri akan berasa malu kerana ia tidak mengikut prosuder,” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 yang dibentang Ketua Menteri Shafie Apdal di DUN Sabah, hari ini.
Katanya, Amarjit yang merupakan pemimpin Warisan Bahagian Putatan, sebelum ini ditahan atas kesalahan rasuah pada 17 Oktober tahun lalu semasa siasatan ke atas Shafie berhubung penyelewengan RM1.5 bilion projek luar bandar Sabah dijalankan.– 13 Ogos, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen