SEBUAH lombong arang batu meletup dan meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa di pinggir bandar Quetta di barat daya Pakistan, kata pegawai hari ini. Lima lagi pekerja juga dibimbangi maut.
Lombong itu runtuh selepas pekerja menggunakan dinamit semasa proses penggalian di Sinjidi, hampir 45km di timur Quetta, wilayah di Baloschistan yang kaya dengan minyak dan gas,
“22 pekerja berada di terowong yang berlainan dalam lombong itu, ada yang sejauh 4,000 kaki (1,219 meter) ketika letupan berlaku,” kata ketua pemeriksa lombong, Muhammad Iftikhar.
Pasukan keselamatan berjaya menyelamatkan sembilan pekerja yang berada di terowong sebelah atas berjaya diselamatkan. Lapan mayat pekerja lombong kemudiannnya ditemui pada kedalaman 800 kaki (240 meter).
Muhammad berkata pasukan penyelamat masih berusaha mencari lagi pekerja, namun tidak meletakkan harapan yang mereka masih hidup.
Tahap keselamatan lombong arang batu yang terletak di wilayah miskin itu amat rendah.
Kejadian sama pernah berlaku di daerah Sorange di Balochistan pada tahun 2011, di mana 43 pekerja lombong terbunuh.
Balochistan kaya dengan sumber mineral namun dibelenggu dengan pemberontakan puak pemisah dan pelampau Islam.
Beratus orang awam mati sejak keganasan yang bermula 2014. – AFP, 13 Ogos, 2018.
Komen