Tiga tentera Yaman maut dalam serangan Al-Qaeda


TIGA tentera Yaman terbunuh dalam serangan yang dipercayai penembak Al-Qaeda ke atas ketua pasukan keselamatan tempatan di wilayah tenggara Hadramaut, kata pihak tentera pada Rabu.

Serangan pada Selasa itu menyasarkan ketua pasukan keselamatan daerah Dhaliah, utara wilayah Mukalla, kata pihak tentera dalam satu kenyataan.

Militan Al-Qaeda dilaporkan kekal aktif di kawasan selatan dan tenggara Yaman berikutan serangan berterusan ke atas pasukan keselamatan kerajaan.

Al-Qaeda di Semenanjung Arab dilihat Amerika Syarikat sebagai cawangan paling bahaya dalam rangkaian keganasan global itu, mengeksploitasi konflik berdarah yang berlarutan antara kerajaan Yaman dan pemberontak Huthi.

Amerika Syarikat memperhebatkan serangan udara ke atas kawasan yang disyaki lokasi AQAP di Yaman.

Kerajaan Yaman yang bersekutu dengan pakatan ketenteraan diketuai Aran Saudi, memerangi Iran yang disokong pemberontak Syiah Huthi.

Lebih 8,000 orang maut dan 44,500 cedera sejak Arab Saudi dan sekutunya menyertai konflik pada Mac 2015.  – AFP, 26 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen