Angka kematian akibat gempa di Lombok meningkat 436 orang


Anggota penyelamat mengeluarkan mayat mangsa gempa bumi di Lombok. – AFP, 13 Ogos, 2018.

ANGKA kematian akibat gempa bumi kuat di Lombok melepasi jumlah 400 orang ketika pasukan penyelamat menemukan lebih banyak mayat mangsa daripada runtuhan bangunan.

Jurucakap ketua agensi bencana Indonesia Sutopo Purwo Nugroho hari ini berkata, jumlah keseluruhan mangsa yang terkorban akibat bencana itu adalah seramai 436 orang.

Lebih 1,300 orang dilaporkan masih menerima rawatan manakala lebih 353,000 penduduk dipindahkan ke lokasi selamat, katanya.

“Kematian paling tinggi dicatatkan di daerah utara Lombok dengan jumlah 374 orang dan lebih 137,000 ditempatkan di pusat pemindahan.

“Pasukan penyelamat masih berusaha mencari mangsa yang terperangkap di celahan runtuhan bangunan dan tanah runtuh,” katanya.

Pada 5 Ogos lalu, gempa kuat berukuran 6.9 skala Richter menggegarkan Lombok, seminggu selepas 17 orang disahkan terbunuh akibat bencana yang sama. – AFP, 13 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen