JURUGAMBAR warga Bangladesh yang pernah meraih anugerah Shahidul Alam dipenjara hari ini, 10 hari selepas beliau ditahan susulan temu bual dengan media Al Jazeera berhubung demonstrasi besar-besaran anjuran pelajar, kata polis.
Alam, 63, yang menuduh polis menghinanya, ditahan dan sebelum itu dihantar ke hospital bagi pemeriksaan susulan arahan daripada mahkamah tinggi. Beliau kemudian dibawa ke mahkamah majistret lewat semalam.
“Mahkamah kemudian menghantar beliau ke penjara,” kata pegawai polis Mashiur Rahman kepada AFP.
Seorang lagi pegawai polis memberitahu akhbar Daily Star yang Alam akan berada di penjara sehingga siasatan selesai.
Alam didakwa membuat kenyataan “salah” dan “provokatif” dalam temu bual dengan Al Jazeera dan siaran langsung demonstrasi pelajar di Dhaka menerusi Facebook pada Julai dan awal Ogos. Beliau turut menerbitkan gambar demonstrasi tersebut.
Beliau disiasat atas dakwaan melanggar undang-undang internet Bangladesh.– AFP, 13 Ogos, 2018.
Komen