Penyakit jantung masalah kesihatan lelaki utama di Malaysia 


Low Han Shaun

Kerajaan sedaya upaya cuba untuk menghentikan tabiat merokok dalam kalangan rakyat di negara ini. – Gambar EPA, 13 Ogos, 2018

PENYAKIT jantung merupakan masalah kesihatan nombor satu bagi lelaki di Malaysia, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad. 

Beliau berkata, ia berpunca daripada pemilihan gaya hidup yang menjadi punca masalah kesihatan bagi lelaki di Malaysia.   

“Ini merupakan penyakit yang unik kepada lelaki, terutamanya berkaitan dengan gaya hidup mereka. 

“Dan di sini kita perkatakan tentang merokok sebagai sesuatu yang perlu mereka hadapi, sudah tentu kanser. 

“Selain kanser, nombor satu adalah penyakit kardiovaskular, terutamanya penyakit jantung iskemia,” katanya pada Persidangan Kesihatan Lelaki di Universiti Malaya hari ini. 

Tambah Dr Dzulkefly, lelaki di Malaysia juga ramai meninggal dunia akibat pneumonia dan kemalangan jalan raya menurut statistik terkini kementerian. 

“Salah satunya adalah penyakit jantung iskemia (merokok, serangan jantung), kedua adalah pneumonia, kemalangan jalan raya dan keempat penyakit kardiovaskular (strok, otak), kemudian kanser paru-paru mengikut statistik kementerian,” katanya. 

Semenyara itu, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit di kementerian, Dr Chong Chee Kheong berkata, lelaki Malaysia cenderung mengabaikan kesihatan mereka sehinggalah sudah terlambat. 

“Sudah pasti apabila melihat kepada kesihatan lelaki, penyakitnya adalah berpunca daripada faktor risiko yang boleh diubah, tidak seperti penuaan yang tidak boleh diubah.

“Tetapi faktor risiko seperti merokok, aktiviti fizikal, diet yang tidak sihat, dan kesemua perkara yang kita cuba untuk tidak galakkan sejak 1990an.”

Bagi merokok, Dr Chong berkata, kementerian baru-baru ini memperkenalkan langkah baharu pemulihan. 

“Malah dengan pemulihan, kerjasama terbaharu kami adalah dengan sektor swasta iaitu mQuit. 

“mQuit merupakan rangkaian seperti agensi yang kami mahu sediakan kepada mereka yang mahu berhenti merokok. 

“Kamu boleh dapatinya di Klinik Kesihatan dan 15 rakan kongsi yang kami ada,” katanya. 

Tambahnya, amat penting untuk lelaki menyedari kepentingan kesihatan mereka serta kesan kepada ahli keluarga mereka.

“Senario paling buruk adalah kematian. Apa yang akan terjadi sekiranya kamu memiliki keluarga yag perlu ditanggung dan kamu mempunyai anak kecil dan kamu meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya?

“Apa yang akan berlaku kepada keluarga kamu? Jadi jagalah kesihatan kamu dan juga mereka yang berada di sekitar kamu,” katanya. – 13 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen