Kebakaran pusat jagaan pesakit Taiwan, 9 maut


Sebahagian pesakit yang berjaya diselamatkan apabila kebakaran tercetus di sebuah pusat jagaan pesakit di Taipei. – Gambar AFP, 13 Ogos, 2018.

SEKURANG-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 15 lagi cedera dalam satu kebakaran awal Isnin di sebuah pusat jagaan pesakit di ibu negara Taiwan.

Menurut laporan bomba, semua 36 mangsa di dalam pusat jagaan tersebut termasuk tiga kakitangan, menyelamatkan diri apabila kebakaran tersebut bermula di tingkat tujuh di bangunan setinggi sembilan tingkat itu.

Seramai 16 mangsa mengalami sesak nafas dan hanya tujuh orang dapat diselamatkan.

Sembilan mangsa disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.

Ketua Bomba New Taipei Huang Te-ching berkata, punca kebakaran masih lagi disiasat dan pihaknya menafikan dakwaan yang mengatakan sistem pemadam kebakaran gagal berfungsi.

“Alat berkenaan berfungsi tetapi kebakaran tidak dapat dipadamkan dengan cepat disebabkan jarak antara lokasi kebakaran dan peralatan tersebut,” katanya.

Pihak media tempatan turut menyiarkan rakaman kamera litar tersembunyi yang menunjukkan staf bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit apabila kebakaran itu berlaku.

Sementara itu, pihak media yang memetik kenyataan ahli keluarga pesakit berkata, mereka mengesyaki letupan itu berpunca daripada letupan tangki gas oksigen selepas mendengar bunyi letupan. – AFP, 13 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen