15 maut bas jatuh gaung di Peru


Insiden bus jatuh gaung sering berlaku di Peru disebabkan keadaan jalan rayanya yang merbahaya dan pemanduan cuai pemandunya. – Gambar AFP, 13 Ogos, 2018.

SEKURANG-KURANGNYA 15 orang terbunuh di Peru pada Ahad selepas sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di utara wilayah Ancash, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis tempatan.

Nahas itu berlaku berhampiran Arenapampa di lebuhraya Sihuas-Quiches.

Bas itu dipercayai terhumban ke gaung sedalam 100 meter.

Polis masih menyiasat punca nahas jalan raya itu.

Pasukan penyelamat dan penduduk tempatan telah mengejarkan mangsa yang cedera ke beberapa hospital berhampiran. – Bernama, 13 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen