Tak perlu tindakan terhadap doktor anti-LGBT, kata dekan UM 


Low Han Shaun

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata adalah penting untuk doktor berpegang kepada ikrar mereka dalam merawat pesakit.– Gambar EPA, 13 Ogos, 2018

TIADA keperluan untuk mengenakan tindakan punitif terhadap Dr Nur Ilyani Mohamed Nawai yang meluahkan ketidka puasan hati terhadap ahli komuniti LGBT, kata pengerusi Yayasan Aids Malaysia, Dr Adeeba Kamarulzaman. 

Dr Adeeba yang juga dekan perubatan dan penyakit berjangkit di Universiti Malaya, juga berkata tegurannya terhadap Dr Nur Ilyani kerana ulasannya adalah lebih kepada peringatan. 

“Di Malaysia, kita terlalu cepat mengambil tindakan punitif, saya rasa peringatan adalah niat saya ketika menegurnya. 

“Saya tidak rasa ia merupakan tindakan punitif terhadap doktor ini,” katanya pada Persidangan Kesihatan Lelaki di Universiti Malaya hari ini. 

Beliau berkata, beliau dan doktor lain mengambil berat terhadap penilaian Dr Ilyani yang diluahkan secara umum. 

Itu membenarkan teguran, katanya. 

“Saya rasa ia hanya satu peringatan kepada semua doktor bahawa kita mempunyai kewajipan untuk menjaga dan mempercayai,” katanya. 

Tambahnya, doktor perlu diingatkan mengenai tanggungjawab dan kepercayaan yang diletakkan ke atas mereka oleh pesakit. 

“Seorang doktor perlu mengasingkan pandangan peribadi mereka dan melihat kepada tanggungjawab dan kepercayaan yang diletakkan kepada kita.

“Kita tidak sepatutnya menghilangkan kepercayaan itu dengan menilai atau melabel sesiapa yang kita tidak suka,” katanya.

Dr Nur Ilyani baru-baru ini mengkritik komuniti LGBT nenerusi posting di Facebook dengan mengatalan beliau juga erhak untuk hidup aman daripada “gaya hidup menyimpang” komuniti LGBT. 

Dalam postingnya yang ditujukan kepada aktivis Marina Mahathir, Dr Nur Ilyani mahu beliau menjawab beberapa soalan kontroversi berkaitan komuniti LGBT yang “diperjuangkan” haknya oleh Marina. 

Tambah Dr Nur Ilyani, walaupun pandangannya terhadap komuniti LGBT, beliau melayan mereka sebaik mungkin. 

Posting berkenaan bagaimanapun diturunkan. 

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, yang turut hadir pada program itu hari ini mengulangi pendirian kementerian terhadap doktor yang merawat pesakit berpandukan ikrar mereka. 

“Pendirian kementerian adalah kita akan merawat pesait tanpa mengira kaum, jantina, kepercayaan atau apa sahaja. 

“Ini yang kita tekankan dan kita kekal dengan pendirian ini, kerana ini adalah ikrar semua doktor,” katanya. – 13 Ogos, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen