SEKURANG-KURANGNYA 12 orang cedera selepas seorang suspek melepakan tembakan di bandar Manchester, England awal pagi semalam selepas karnival tahunan Caribbean.
Polis Manchester berkata mereka menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh selepas menerima panggilan ke kawasan pedalaman Moss Side kira-kira jam 2.30 pagi dan mendapati beberapa orang cedera.
Sembilan orang, termasuk dua kanak-kanak, dirawat tetapi tidak serius, kata polis.
Mereka berkata seorang lelaki mengalami kecederaan kaki serius tetapi dalam keadaan stabil di hospital.
Siasatan awal mendapati tembakan dilepaskan sekurang-kurangnya dua kali tetapi tiada senjata ditemui, kata polis.
“Siasatan masih dalam peringkat awal dan kami masih merayu kepada orang ramai untuk tampil ke depan dengan maklumat mengenai siapa yang bertanggungjawab terhadap serangan melulu ini,” kata ketua Superintenden, Wasim Chaudhry.
“Ini adalah satu kesalahan yang sangat berbahaya dan serius,” kata Chaudhry dalam satu kenyataan.
Chaudhry berkata Sabtu adalah “hari yang hebat kepada orang ramai”, dengan lebih daripada 16,000 orang menghadiri karnival itu, dan tiada tangkapan.
Media tempatan, Manchester Evening News melaporkan kejadian itu dipercayai berlaku semasa parti selepas karnival.
Karnival semalam adalah hari kedua. – dpa, 13 Ogos, 2018.
Komen