Kebakaran hutan California ancam komuniti pesara 


Pasukan bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran di California yang semakin merebak. – Gambar EPA, 13 Ogos, 2018

KEBAKARAN di California pada Ahad merebak ke kawasan komuniti penempatan pesara, mencetuskan arahan pemindahan ribuan penduduk. 

Penduduk komuniti Trilogy Glen Ivy yang terletak di antara Gunung Santa Ana dan lebuh raya utama diarahkan berpindah seberapa segera bagi mengelakkan kebakaran yang sudah memusnahkan kawasan berkeluasan 9,192 hektar. 

Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat menganggarkan sekitar 3,700 kediaman dan bangunan dikosongkan yang melibatkan 11,120 orang. 

Hampir 1,500 anggota bomba - dengan sokongan daripada banduan dari penjara tempatan - bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang semakin merebak ke utara dan timur, mencetuskan arahan pemindahan baru. 

Kebakaran di beberapa kawasan yang teruk terjejas minggu lalu kini semakin reda. 

Kebakaran di Kompleks Mendocino di utara Sacramento termasuk kebakaran di River and Ranch, merupakan yang terbesar dalam sejarah di negeri itu, memusnahkan lebih 3,100 ekar kawasan dalam hanya satu malam, menurut media tempatan.  – AFP, 13 Ogos, 2018
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen