Pakatan masih jauh di belakang Umno, PAS untuk sokongan Melayu


Looi Sue-Chern

Tidak mustahil untuk pengundi Melayu kembali menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional sekiranya kerajaan Pakatan Harapan gagal menunaikan janji pilihan raya mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Ogos, 2018

PAKATAN Harapan mungkin mendapat kuasa kerajaan persekutuan tetapi menurut kajian yang dijalankan baru-baru ini, ia perlu menggandakan usaha untuk memenangi undi Melayu sekiranya ia mahu bertahan lebih daripada satu penggal. 

Kajian yang dijalankan Ilham Centre mengesahkan kecurigaan PH di belakang PAS dan Umno adalah dalam mendapatkan undi orang Melayu. 

Dan apa jua sokongan yang diperoleh dalam kalangan masyarakat adalah kerana undi protes terhadap Umno, terutamanya skandal yang dihadapi bekas presiden parti Melayu itu dan perdana menteri Najib Razak.

Kajian mendapati 46% pengundi Melayu di Semenanjung Malaysia menyokong Umno dan Barisan Nasional yang diterajuinya pada Pilihan Raya Umum ke 14. 

Berada di tangga kedua bagi sokongan Melayu adalah parti Islam PAS, yang mendapat 35% sokongan Melayu. 

Secara perbandingan, PH hanya mendapat 17% sokongan Melayu.

Umno dan BN mencatatkan rekod tertinggi pengundi Melayu di Melaka, Johor (kedua-duanya 58%), Negeri Sembilan (55%), Pahang (52%), Perak (50%), Perlis (48%) dan Pulau Pinang (37%). 

PAS menerima sokongan Melayu paling kuat di Kelantan dan Terengganu (kedua-duanya 51%) dan Kedah (40%). Ia menawan Terengganu dan memperkukuhkan kedudukannya di Kelantan.

Sokongan Melayu PH hanya diatasi BN dan PAS di kerusi Selangor dan Kuala Lumpur, pada 41% di kedua-dua kawasan berbanding BN 31% dan PAS 28%.

PH kurang mendapat sokongan Melayu di Terengganu (5%) dan Pahang (8%).

Pemangku pengarah eksekutif Ilham Centre Mohd Azlan Zaina berkata, trend undian jelas menunjukkan sokongan Melayu terhadap PH tidak kuat.

“Hanya gelombang menentang Najib kuat ketika PRU14. Generasi tua marah dengan Najib namun untuk meminta mereka mengubah sokongan parti, itu pasti amat sukar.

“Pengundi muda, mereka mungkin bersama Umno. Tetapi mereka percaya Najib perlu turun,” katanya.

Kira-kira 59% responden berkata mereka akan mengundi parti yang sama pada pilihan raya umum akan datang, 24% mengatakan tidak pasti manakala 11% mahu mengubah undian mereka. 

“11% merupakan undi protes terhadap Najib Razak dan BN,” kata Azlan. 

Kembali kepada BN

Prospek pengundi Melayu yang beralih ke Umno tinggi menurut Azlan, jika PH tidak dapat menunaikan janji-janjinya atau menunjukkan bahawa ia mampu melindungi kepentingan orang Melayu Islam.

Data daripada kajian itu menunjukkan ini kerana majoriti responden, 46%, berkata identiti parti penting dalam menentukan bagaimana mereka mengundi. 

Secara perbandingan 26% responden berkata mereka akan beralih kerana calon dan 24% lagi kerana isu semasa. 

Pengundi setia dengan parti mereka tetapi mereka undi protes, kata Azlan. Pada PRU15, undi mereka mungkin kembali kepada BN. 

“PH perlu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan sokongan Melayu dan mengekalkan kerajaan. Ia tidak mustahil kerana kita tidak melihat lagi tanda Umno kembali bangkit. 

“Namun tempoh sepenggal adalah lama. Apa sahaja boleh berlaku dalam politik Kamu tidak tahu sekiranya rakyat Malaysia memutuskan PH dan BN tidak boleh dipercayai dan memberi sokongan kepada PAS,” kata Azlan. 

Daripada responden yang memilih Umno, 38% mengatakan ia bagi memastikan pelrindungan berterusan terhadap kepentingan Melayu Islam, 18% berkata kerana Umno merupakan parti dominan dalam BN manakala 12% lagi mengatakan pemimpin Umno lebih berani dalam melindungi Melayu-Islam.

Bagi PAS, mereka yang menyokongnya hanya kerana dasar Islamnya (33%) manakala 12% menyokong parti itu kerana bimbang DAP akan menguasai Putrajaya. 12% lagi menyatakan mereka menyokong PAS kerana PH tidak aktif di kawasan mereka.

PH memenangi 116 kerusi Parlimen. Ia turut mendapat sokongan daripada Parti Warisan Sabah, yang mempunyai lapan kerusi dan Upko mempunyai satu kerusi.

BN hanya menang 79 kerusi, menjadikan ia paling banyak kalah pada pilihan raya. Bekas pakatan pemerintah yang menerajui Malaysia selama lebih enam dekad itu kalah 52 kerusi kepada pesaingnya.

Kerusi Parlimen BN jatuh kepada 54 selepas kehilangan rakan komponennya dari Sarawak dan beberapa ahli Parlimen Umno yang menjadi wakil rakyat bebas. Kebanyakan kerusi BN adalah daripada Umno, yang menjadi punca utama kejatuhan pakatan itu.

Sementara itu, PAS yang bertanding atas parti sendiri sebagai blok ketiga memenangi 18 kerusi Parlimen, meraih lima lagi kerusi berbanding pilihan raya umum sebelumnya.

Kajian itu melibatkan 1,622 responden berusia 21 tahun ke atas. Kira-kira 16% adalah antara 21 hingga 29, 19% antara 30 hingga 39, 28% berusia antara 40 hingga 49 dan 21% antara 50 hingga 59, manakala hanya 4% berusia 60 tahun ke atas.

51% responden terdiri daripada lelaki.

Lebih separuh daripada responden adalah di negeri utara, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Majoriti mereka tinggal di bandar (66%), manakala selebihnya adalah dari kawasan pinggir bandar (19%) dan luar bandar (15%).

Kebanyakan daripada 1,622 responden adalah petani, nelayan dan bekerja di kampung (21%), ahli perniagaan (21%) dan penjawat awam (16%). Lebih separuh daripada responden adalah kumpulan B40 (52%) manakala 31% adalah M40 dan 17% T20.

Kajian dijalankan menerusi soal selidik dan temu bual yang dijalankan bermula 1 Jun hingga 30 Julai. – 13 Ogos, 2018


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Kerajaan PH bukan shj gagal tunaikan janji malah tidak perform dalam mentadbir negara.Mereka hanya pandai bercakap dan mencari salah kerajaan lama sahaja. Bila mereka memegang kuasa barulah terbukti mereka tidak tahu nak buat apa2 pun. Rakyat yang kurang cerdik telah dengan mudah ditipu dengan janji2 PH sebelum pilihanraya.Manakala rakyat yg bijak sangat yakin PH hanya menipu.Mana mungkin utk kjaan di Msia menawarkan hampir semua perkara dengan percuma.Dengan pengabaian kepada bangsa melayu, agama Islam dan kakitangan awam jelas dilihat akan memendekkan usia PH memerintaj.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Ahmad Hashim · Ulasan