BADAN kehakiman Iran hari ini berkata 67 orang ditangkap dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini dalam satu tindakan keras membanteras rasuah yang diluluskan oleh pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.
Menurut agensi berita Mizan yang ada kaitan dengan badan kehakiman berkata, jurucakap Gholamhossein Mohseni Ejeie berkata lebih daripada 100 kakitangan kerajaan juga dihalang meninggalkan negara.
“Musuh kami, Amerika telag memutuskan untuk menekan rakyat dan bertujuan mahu menekan ekonomi kami, namun ia tidak berjaya,” kata Ejeie.
“Ada individu yang cuba gunakan peluang ini dan menyorok barangan asas serta menekan rakyat dengan meyorok dan menyeludup,” tambahnya.
Khamenei semalam meluluskan permintaan ketua badan kehakiman, Sadegh Larijani, untuk menubuhkan sebuah mahkamah revolusioner khas bagi membicarakan kes jenayah ekonomi.
“Matlamat mahkamah ini ialah untuk menghukum pesalah ekonomi dengan segera dan adil,” kata Khamenei di laman webya.
Amerika Syarikat telah meningkatkan tekanan terhadap Iran, termasuk menarik balik perjanjian nuklear 2015 dan mengenakan semula tekanan, sehingga menimbulkan kemarahan rakyat negara itu terhadap salah urus dan rasuah dalam ekonomi. – AFP, 12 Ogos, 2318.
Komen