PELAKON kelahiran Britain Idris Elba mungkin akan dinamakan sebagai individu kulit hitam pertama membawa watak sebagai James Bond.
“Nama saya Elba, Idris Elba,” kata Elba di Twitter, menyerupai “catch line” terkenal filem perisikan itu “The name is Bond, James Bond.”
Mesej tersebut membuatkan peminat teruja, berikutan khabar angin bertiup kencang bahawa Elba mungkin akan menggantikan Daniel Craig untuk melakonkan watak tersebut.
Elba, 45, menempa nama dalam bidang lakonan menerusi siri televisyen Amerika Syarikat bertajuk “The Wire” dan memenangi anugerah Golden Globe menerusi filem “Luther”.
Merupakan anak kepada pekerja kilang kereta berasal dari timur London, beliau kini menjadi bintang Hollywood yang menyerlah.
Beliau membintangi banyak filem blockbuster antaranya “Thor”, “Pacific Rim” dan “Star Trek” malah dicalonkan untuk anugerah Golden Globe menerusi lakonannya dalam filem “Mandela: Long Walk to Freedom”.
Elba dikaitkan dengan francais Bond sejak beberapa tahun lalu, walaupun beliau sebelum ini ada berkata yang dirinya terlalu tua untuk membawa watak tersebut.
Khabar angin terbaharu muncul minggu ini di tengah-tengah laporan yang penerbit Bond Barbara Broccoli bersedia untuk menerima pelakon kulit hitam untuk membintangi filem berkenaan.– AFP, 12 Ogos, 2018.
Komen