8 mayat ditemui dalam nahas pesawat di Indonesia


Pesawat Pilatus buatan Switzerland itu terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara semalam.– Gambar AFP, 12 Ogos, 2018.

KANAK-kanak lelaki berusia 12 tahun adalah satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian pesawat terhempas yang mengorbankan lapan orang di kawasan pengunungan timur Indonesia, kata pihak berkuasa hari ini.

Pesawat Pilatus buatan Switzerland itu terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara semalam.

Bangkai pesawat itu dijumpai di kawasan hutan tebal di bahagian pengunungan daerah Oksibil, pagi hari ini.

“Lapan penumpang ditemui mati dan seorang lagi terselamat,” kata jurucakap Papua Dax Sianturi.

“Pada masa ini punca nahas masih belum dipastikan,” katanya kepada AFP, sambil menambah yang siasatan akan dijalankan jawatankuasa keselamatan pengangkutan negara.

Pesawat itu, yang dimiliki syarikat swasta Dimonim Air, membawa tujuh penumpang dan dua kru.

Sebelum insiden berlaku, penduduk kampung dekat Okatem dilaporkan mendengar bunyi kuat diikuti letupan.

Pasukan pencari dan penyelamat berjalan selama dua jam untuk sampai ke kawasan nahas, dan masih cuba mengeluarkan mangsa awal pagi ini.– AFP, 12 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen