ANAK perempuan Presiden Amerika Syarikat, Ivanka Trump yang juga merupakan penasihat kanan Rumah Putih mengecam ideologi “ketuanan kulit putih, rasisme, dan neo nazisme” menerusi hantaran di Twitter pada Sabtu.
Ivanka berkata demikian menerusi laman media sosial itu pada ulang tahun persitiwa berdarah dalam perhimpunan yang dicetuskan kumpulan ketuanan kulit putih di Charlottesville, Virginia, setahun lalu. Perhimpunan sama dijadualkan berlangsung pada hari ini di luar perkarangan Rumah Putih.
“Setahun lalu di Charlottesville, kita menyaksikan api kebencian, rasisme, ketaksuban dan keganasan dipaparkan,” kata Ivanka di Twitter.
Twit tersebut menjadi perhatian berikutan tindak-tanduk ayahnya, Donald Trump yang sebelum ini teragak-agak untuk mengecam tindakan ganas kumpulan ketuanan kulit putih tersebut.– AFP, 12 Ogos, 2018.
Komen