WABAK taun sudah membunuh 13 orang di selatan negara Niger, Maradi yang merupakan ibu kota ekonomi negara itu, kata pegawai dan PBB pada Sabtu.
Hampir 1,000 orang, kebanyakannya kanak-kanak terjejas kerana wabak itu yang pertama kali dikesan sebulan lalu, kata Pejabat Koordinasi Bantuan Kemanusiaan (OCHA) PBB.
Sekurang-kurangnya 50 kes dikesan di Maradi, kata OCHA.
Tiga kes terawal dimasukkan ke hospital di N’Yelwa pada awal Julai, tetapi jumlah meningkat kepada 993 kes menjelang 7 Ogos, kata OCHA. Angka itu termasuklah 13 yang terbunuh.
Tetapi Menteri Kesihatan Niger Iliassou Maïnassara memberitahu media tempatan yang tindakan pantas kerajaan dengan bantuan WHO, Unicef dan Doctors Without Borders membantu “mengekang” wabak itu.
“Situasi terkawal dan pemantauan dipertingkatkan,” kata menteri yang melawat Madarounfa, kawasan paling teruk terjejas.
Pakar memberi amaran penyakit mudah merebak itu mungkin tersebar lebih luas disebabkan hujan lebat yang turun di kawasan itu. – AFP, 12 Ogos, 2018.
Komen