V S Naipaul meninggal dunia


Pemenang Hadiah Nobel Sastera 2001 V S Naipaul meninggal dunia pada usia 85 tahun. – Gambar EPA, 12 Ogos, 2018.

PEMENANG Hadiah Nobel Sastera V S Naipaul meninggal dunia pada usia 85 tahun, umum keluarganya pada Sabtu.

“Beliau meninggal dunia dikelilingi oleh orang yang disayangi sepanjang hayatnya yang penuh dengan kreativiti dan usaha kerasnya,” kata isterinya Lady Nadira Naipaul dalam dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan penulis lantang bersuara itu sebagai “gergasi dalam semua pencapaiannya”.

Vidiadhar Surajprasad Naipaul dilahirkan di Trinidad, anak kepada penjawat awam India dan belajar Sastera Inggeris di Universiti Oxford dengan biasiswa.

Beliau menetap di England tetapi menghabiskan banyak masa mengembara dan menjadi tokoh penting kebudayaan Britain.

Karya awal Naipaul tertumpu kepada India Barat tetapi kemudiannya meliputi banyak negara di seluruh dunia dengan tumpuan kepada perubahan pasca penjajahan.

Beliau dianugerahkan Hadiah Nobel Sastera pada 2001.

Beliau dianugerahkan darjah “Knight” pada 1990.

Keseluruhannya, beliau menulis lebih 30 buku, salah satunya- In A Free State pada 1971- adalah pemenang Booker Prize, anugerah sastera utama Britian. – AFP, 12 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen