ENAM orang awam terbunuh dalam serangan yang dilancarkan pemberontak Ugandan Allied Democratic Forces (ADF) di timur Republik Demokratik Congo, kata sumber orang awam dan tentera pada Sabtu.
Pada Jumaat, ADF memasuki bandar Mayi-Moya di mana “mereka membunuh enam orang awam dan mencederakan yang lain”, kata pentadbiran wilayah Beni, Donat Kibwana kepada AFP.
Puak pemberontak memintasi kedudukan tentera dalam serangan mengejut tersebut, kata jurucakap tentera Mak Hazukay kepada AFP, sambil berkata enam orang ditikam sehingga mati.
Penduduk Mayi-Moya, yang bimbang dengan serangan susulan, meninggalkan bandar itu untuk mencari tempat tinggal yang lebih selamat, kata pihak berkuasa.
ADP adalah militan yang diwujudkan pemberontak Islam bagi membantah Presiden Uganda Yoweri Museveni.– AFP, 11 Ogos, 2018.
Komen