Pengantin sunti 11 tahun pulang ke Thailand


Pernikahan itu berlaku pada Jun lepas di sempadan kawasan selatan Thailand-Malaysia, Narathiwat. Gadis itu kembali ke daerah itu pada Rabu selepas “tekanan hebat media Malaysia”, kata Gabenor Daerah Suraporn Prommool. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Ogos, 2018.

SEORANG pengantin kanak-kanak berusia 11 tahun telah kembali ke Thailand minggu ini selepas kecaman awam ke atas pernikahannya dengan seorang lelaki warga Malaysia 30 tahun lebih tua, kata seorang pegawai kepada AFP pada Sabtu.

Penduduk Islam Malaysia di bawah usia 16 tahun dibenarkan berkahwin dengan kebenaran mahkamah syariah tetapi perkahwinan antara gadis sunti itu dengan lelaki berusia 41 tahun tular di media sosial dan menimbulkan desakan mengharamkan perkahwinan kanak-kanak.

Pernikahan itu berlaku pada Jun lepas di sempadan kawasan selatan Thailand-Malaysia, Narathiwat. Gadis itu kembali ke daerah itu pada Rabu selepas “tekanan hebat media Malaysia”, kata Gabenor Daerah Suraporn Prommool.

Gadis itu dipercayai isteri ketiga lelaki itu.

Suraporn berkata gadis itu sedang menjalani sesi kaunseling kesihatan kerana tertekan disebabkan perhatian yang diterima.

Beliau menambah perkahwinan itu tidak diiktriaf di bawah undang-undang sivil Thailand yang penduduknya bermajoriti Buddha, tetapi ia berlangsung di bawah undang-undang majlis Islam di Narathiwat dan kedua ibu bapanya memberikan kebenaran.

“Kita tak boleh buat apa-apa (bubarkan perkahwinan) kerana mereka berkahwin di bawah undang-undang agama,” katanya.

Lelaki itu bagaimanapun boleh dihukum penjara enam bulan jika didapati tidak mendapat keizinan daripada pihak berkuasa Malaysia.

Gadis 11 tahun itu dilahirkan di Thailand kepada ibu bapa yang bekerja sebagai penoreh getah di Malaysia dan Suraporn berkata beliau tidak fasih berbahasa Siam.  

Aktivis Malaysia berkata hampir 16,000 gadis bawah usia 15 tahun berkahwin di negara itu.

Wakil Unicef mengecam kes itu, menyifatkannya sebagai “mengejutkan dan tidak boleh diterima” dan mendesak kerajaan mengharamkan perkahwinan kanak-kanak. – AFP, 11 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen