Iran bunuh 10 pemberontak di sempadan Iraq


Iran sudah lama berdepan ancaman pemberontak Kurdish di negaranya dan menuduh Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Israel menyokong kumpulan pemberontak itu. – Gambar EPA, 11 Ogos, 2018.

PENGAWAL Revolusi Iran pada Sabtu berkata mereka membunuh sekurang-kurangnya 10 orang anggota “pasukan pengganas” yang memasuki negara itu dari Iraq malam semalam.

Kenyataan pengawal itu berkata pengganas itu masuk melalui kawasan sempadan berhampiran Oshnavieh di Barat Azerbaijan.

Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan ramai lagi cedera dalam “pertempuran sengit itu.”

“Susulan tewasnya pasukan pengganas ini, sejumlah senjata api, bahan letupan dan peralatan komunikasi dirampas,” tambah kenyataan itu lagi.

Iran sudah lama berdepan ancaman pemberontak Kurdish di negaranya dan menuduh Amerika Syarikat, Arab Saudi dan Israel menyokong kumpulan pemberontak itu. – AFP, 11 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen