MENTERI Luar Iran Mohammad Javad Zarif membidas Amerika Syarikat (AS) yang disifatkannya sebagai “ketagih menyekat dan membuli” susulan tindakan yang dikenakan negara itu terhadap Turki.
Zarif menerusi Twitter berkata, “kegembiraan” yang ditunjukkan Presiden AS Donald Trump terhadap kesulitan ekonomi yang dialami Turki adalah amat memalukan.
“Amerika Syarikat harus memulihkan ketagihannya terhadap sekatan (dan) buli atau seluruh dunia akan bersatu - melampaui kutukan secara lisan - untuk memaksanya,” katanya.
Pada Jumaat, Trump berkata, beliau akan menggandakan tarif besi dan aluminium ke atas Turki berikutan penahan paderi warga AS Andrew Brunson dan isu lain.
Ketegangan itu menyebabkan nilai mata wang Turki susut 16% pada Jumaat.
Iran turut mengalami penyusutan nilai mata wang tahun ini, susulan sekatan semula yang dikenakan AS.– AFP, 11 Ogos, 2018.
Komen