Kementerian rancang kawal selia khidmat pengasuh, kata Hannah Yeoh


Melati A. Jalil

Timbalan Menteri Hannah Yeoh berkata kementerian sedang meneliti penambahbaikan yang boleh diadakan kerana isu penjagaan kanak-kanak sudah jadi isu negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Ogos, 2018.

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Komuniti dan Keluarga sedang mengkaji cara terbaik mengalakkan pendaftaran khidmat pengasuh kanak-kanak dalam usaha mengatasi masalah penjagaan kanak-kanak di negara ini.

Timbalan Menteri Hannah Yeoh berkata kementerian sedang meneliti penambahbaikan yang boleh diadakan kerana isu penjagaan kanak-kanak sudah jadi isu negara.

“Langkah pertama sekarang adalah mengetahui berapa banyak mereka (pengasuh kanak-kanak) dalam pasaran, kerana jika mereka tidak diselia, langkah pertama kami adalah mengalakkan pendaftaran.

“Kami sedang melihat sama ada kami mahu meminda Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, dan bagaimana kita akan buat dan bagaimana hendak mengalakkan (pendaftaran) kerana industri ini sudah wujud lama dan kita tidak hanya bercakap tentang menghantar (anak) kepada kawan tetapi juga kepada saudara mara,” katanya kepada wartawan selepas pelancaran Life at Works Awards anjuran TalentCorp Malaysia 2018. – 11 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen