Kumpulan gagak hitam kutip sampah di Perancis


Taman tema Puy du Fou menggunakan khidmat enam gagak untuk membantu membersihkan puntung rokok dan sampah kecil sekitar taman itu. – Gambar AFP, 11 Ogos, 2018.

ENAM gagak yang menerima latihan khas mengutip puntung rokok dan sampah sarap akan mula bekerja minggu depan di sebuah taman tema bersejarah Perancis, kata presiden taman itu pada Jumaat.

“Matlamatnya bukan sahaja untuk membersihkan, kerana pelawat selalunya berhati-hati pastikan tempat bersih” tetapi juga menunjukkan “alam semulajadi boleh mengajar kita untuk menjaga alam sekitar,” kata Nicolas de Villiers dari taman tema Puy du Fou terletak di barat daerah Vendee kepada AFP.

“Rooks” sejenis spesies gagak dalam kumpulan yang termasuk “carrion, jackdaw dan raven” dianggap “bijak” dan dalam persekitaran sesuai “boleh berkomunikasi dengan manusia dan mewujudkan hubungan menerusi permainan”, kata Villiers.

Burung itu digalakkan membersihkan taman itu, dan sebagai ganjaran setiap kali burung itu membawa puntung rokok atau sampah kecil ke sebuah kotak, mereka akan mendapat makanan. – AFP, 11 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen