9 terbunuh helikopter penyelamat terhempas di Jepun


Mangsa adalah pegawai pengurusan bencana dan anggota bomba serta juruterbang dan juruteknik penerbangan, kata pegawai. – Gambar AFP, 11 Ogos, 2018.

SEMUA sembilan orang yang berada dalam sebuah helikopter menyelamat yang terhempas di kawasan pergunungan tengah Jepun ketika latihan penerbangan disahkan terbunuh, kata pegawai pada Sabtu.

Polis dan tentera sudah memulakan operasi mencari dan menyelamat selepas helikopter itu terhempas ke dalam hutan di daerah Gunma pada Jumaat.

“Semua sembilan orang disahkan terbunuh pada tengahari hari ini,” kata pegawai tempatan kepada AFP.

Mangsa adalah pegawai pengurusan bencana dan anggota bomba serta juruterbang dan juruteknik penerbangan, kata pegawai.

Gambar disiarkan televisyen Jepun menunjukkan bangkai helikopter dalam hutan, dan kerajaan mengerahkan pesawat penyiasat nahas udara ke tempat kejadian.

Helikopter jenis Bell 412 meninggalkan pangkalan pada pagi Jumaat untuk penerbangan selama dua jam bagi memantau laluan mendaki daripada udara tetapi tidak kembali dan terputusan hubungan dengan menara kawalan.

Februari lepas, dua juruterbang terbunuh dalam nahas helikopter udara di selatan Jepun. Helikopter itu terhempas ke atas sebuah rumah tujuh minit selepas berlepas, memusnahkan kediamaan itu.

Tahun lepas, sembilan orang dalam sebuah helikopter terbunuh selepas terhempas dalam latihan menyelamat di gunung. – AFP, 11 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen