KES kematian seorang anak pendatang haram di sebuah pusat tahanan di Miami sedang disiasat di bawah tuduhan “keadaan yang tidak bersih”.
Pihak berkuasa kesihatan dan perkhidmatan berkata siasatan kes kali pertama itu berlaku awal bulan ini dan ia sedang disiasat.
Ia mula dilaksanakan Khamis lalu selepas wakil keluarga mangsa menyerahkan nama kanak-kanak malang itu kepada pihak berkuasa.
Peguam bela ibu kanak-kanak itu berkata, mereka menyerahkan semua maklumat berhubung seorang kanak-kanak yang dilaporkan meninggal dunia selepas ditahan di pusat tahanan oleh Penguatkuasa Kastam dan Imigresen Amerika Syarikat (ICE) dalam keadaan kotor.
“Kami sedang meneliti kes itu dan tiada sebarang komen buat masa ini,” kata firma Arnold & Porter dalam satu kenyataan.
ICE berkata mereka memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan.
Tiada maklumat lain seperti jantina mangsa, kewarganegaraan atau punca kematian didedahkan oleh pihak berkaitan setakat ini.
Firma itu hanya melaporkan kanak-kanak terbabit ditahan di Dilley, selatan Texas, satu daripada tiga pusat milik ICE yang disediakan untuk tahanan berkeluarga. – AFP, 11 Ogos, 2018.
Komen