4 maut, termasuk 2 polis dalam insiden tembakan di Kanada


Dua anggota polis terbunuh bertindak kepada panggilan kecemasan berhubung bunyi tembakan di sebuah pangsapuri di Fredericton, Kanada, semalam. – Gambar AFP, 11 Ogos, 2018.

DUA anggota polis antara empat yang terbunuh dalam satu insiden tembakan rambang di sebuah pekan kecil di Kanada, semalam.

Penduduk kejiranan Brookside di Fredericton dilaporkan terkejut dengan bunyi tembakan.

Saksi dilaporkan berkata beberapa senapang dilihat terkeluar dari tingkap pangsapuri rendah dengan tembakan dilepaskan ke arah kawasan halaman, sementara dua mayat kelihatan terbaring.

Pasukan polis lengkap bersenjata, paramedik dan anggota bomba digegaskan ke tempat kejadian dan mengepung kawasan kejiranan itu.

Timbalan Ketua Polis Fredericton Martin Gaudet memberitahu wartawan bahawa dua anggotanya yang terbunuh bertindak kepada panggilan kecemasan berhubung bunyi tembakan.

“Ketika tiba di bangunan pangsapuri itu, mereka melihat dua mangsa orang awam sudah terbaring. Ketika itu mereka ditembak,” kata Gaudet.

Pihak berkuasa di ibu kota wilayah itu, kira-kira 75km dari sempadan antara Kanada dan Maine, Amerika Syarikat mengarahkan orang ramai di situ tidak keluar rumah. – AFP, 11 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen