2 tentera maut dalam serangan pemberontak di Filipina


Dua anggota tentera maut manakala tiga lagi cedera pada Jumaat dalam pertempuran dengan pemberontak berhaluan kiri di wilayah Isabela di Pulau Luzon, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan tentera.– Gambar AFP, 10 Ogos, 2018.

DUA anggota tentera maut manakala tiga lagi cedera pada Jumaat dalam pertempuran dengan pemberontak berhaluan kiri di wilayah Isabela di Pulau Luzon, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan tentera.

Kira-kira 100 pemberontak menyerang tentera Filipina yang sedang berkawal di Jonestown dan sebuah balai polis di pekan Lapinig pada awal Jumaat.

Dua anggota polis cedera “dalam insiden rompakan dan tembakan” yang berlangsung selama 15 minit, kata polis.

Pemberontak telah melarikan 10 unit senjata api berkuasa tinggi, tiga pistol, sejumlah peluru yang tidak dapat dipastikan jumlahnya, sebuah komputer meja, sebuah komputer riba dan sebuah telefon bimbit.

Kerajaan Filipina telah menangguhkan rundingan damai dnegan pemberontak terbabit dan menuduh mereka memperalatkan perbincangan itu untuk menyatukan anggotanya.– Bernama, 10 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen