LAPAN orang maut manakala dua lagi masih hilang selepas hujan lebat melanda wilayah Gansu di barat laut China, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.
Kawasan pusat bandar wilayah Gansu telah mengalami hujan lebat sejak malam Khamis.
Menurut kerajaan tempatan Baiyin, kesemua mangsa yang maut serta hilang berasal dari bandaraya itu, yang terletak dalam daerah Jingyuan.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang sedang dijalankan. – Bernama, 10 Ogos, 2018.
Komen