TENTERA Amerika Syarikat melancarkan serangan udara pada Jumaat sebagai membalas serangan Taliban di ibu negara Afghanistan menyebabkan penduduk yang ketakutan bersembunyi di kediaman mereka selepas pasukan keselamatan membalas kembali serangan pemberontak.
Pihak berkuasa Afghan berkata, pasukan khas turut dikerahkan ke barat laut bandar Ghazni selepas cubaan terbaharu Taliban untuk menawan bandar itu.
Ghazni yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Kabul, menjadi ancaman pejuang Taliban sejak beberapa bulan lalu.
Jurucakap tentera AS di Afghanistan berkata, pertempuran “reda” pada pagi Jumaat, beberapa jam selepas pemberontak memulakan serangan pada petang Khamis dari tujuh kedudukan di sekitar bandar itu.
Bunyi tembakan terus bergema di kawasan berkenaan, dengan pihak berkuasa mengarahkan penduduk untuk berada dalam rumah masing-masing ketika Taliban terus berkeliaran di jalan raya.
Bekalan elektrik terputus di rakaman berkenaan ketika pertempuran tercetus.
Terdahulu, penduduk menyatakan bunyi tembakan berterusan dan bangunan kerajaan turut dibakar.
“Kami bimbangkan nyawa kami. Taliban berkeliaran di merata tempat di sekitar bandar ini,” kata pemilik kedai Mohammad Haleem.
Seorang lagi penduduk, Yasan berkata Taliban menggunakan pembesar suara di masjid untuk memeri amaran kepada penduduk agar berada di rumah masing-masing.
“Bunyi tembakan dan letupan jelas kedengaran. Kami amat takut,” kata Yasan menerusi posting di Facebook. – AFP, 10 Ogos, 2018
Komen