KOREA Selatan dan Utara bersetuju memulakan kajian bersama mengenai laluan di sempadan kedua-dua buah negara pada minggu depan, menurut Kementerian Perpaduan pada Jumaat.
Kajian bersama itu antara lain bertujuan untuk memodenkan serta menyambung semula seluruh sempadan kedua-dua negara.
Keputusan itu dibuat selepas Korea Utara membatalkan satu lawatan tapak yang pada awalnya dirancang diadakan pada lewat malam Jumaat, tanpa sebarang alasan, lapor agensi berita Yonhap.
“Selaras dengan perjanjian, kedua-duanya akan mengadakan lawatan tapak pada minggu depan,” kata jurucakap kementerian, Lee Eugene kepada pemberita.
Sepatutnya lawatan dijalankan bermula Jumaat ini hingga Jumaat depan di kawasan Korea Utara dari sempadan bandar Kaesong ke Pyongyang.
Pesetujuan mengenai kajian itu dicapai kedua-dua pihak pada Jun. – Bernama, 10 Ogos, 2018.
Komen