CUACA kering di Indonesia sehingga September menyebabkan risiko kebakaran hutan, meningkatkan kebimbangan berulangnya masalah jerebu seperti yang berlaku pada 2015.
Imej satelit menunjukkan 170 titik panas di seluruh Indonesia dengan 35 di Aceh, 44 di timur Nusa Tenggara dan 21 di Barat Kalimantan, menurut pihak berkuasa Pengurusan Bencana Nasional, lapor Bloomberg hari ini.
Pembakaran haram untuk membersihkan ladang kelapa sawit dan aktivit pertanian lain di Indonesia pada 2015 menyebabkan jerebu teruk di rantau ini, sekolah ditutup, perjalanan udara terganggu malah hingga memaksa penduduk meninggalkan kediaman mereka.
Jerebu turut memberi kesan kepada Indonesia di mana AS$16.1 bilion (RM68.94 bilion) kerugian dicatatkan iaitu tertinggi di Asia Tenggara menurut anggaran Bank Dunia.
Bloomberg melaporkanbencana pada 2015 menggesa beberapa syarikat gergasi peladangan seperti Sime Darby Sdn Bhd dan IOI Corp Bhd meningkatkan usaha menghalang kebakaran hutan.
Syarikat berkenaan kini menyertai Sekutu Bebas Kebakaran sebagai sokongan kepada kerajaan Indonesia dalam usaha mengekang pembakaran terbuka. – 25 Julai, 2017.
Komen