PEGUAM ahli perniagaan Low Taek Jho menutut penjelasan daripada Amerika Syarikat (AS) mengapa Malaysia mengucapkan terima kasih kepada negara itu kerana merampas kapal pesiar mewah Equanimity walaupun Jabatan Kehakiman (D0J) berulang kali menyatakan tidak terlibat dalam rampasan itu.
Peguam-peguam Jho Low, yang mewakili syarikat-syarikat memiliki Equanimity, semalam telah meminta mahkamah Los Angeles memerintahkan DoJ memberi “penjelasan terperinci” sama ada agensi AS atau pihak berkuasa terlebih dahulu mengentahui atau terlibat dalam pemindahan kapal pesiar mewah itu ke Malaysia.
Mereka mendakwa kerajaan AS hanya mengetahui mengenai pemindahan kapal tersebut kepada Malaysia “baru-baru ini”.
Malah kerajaan AS juga tidak berpeluang untuk mendapatkan penjelasan berhubung hasrat Malaysia ke atas kapal berkenaan, sebelum pemindahan itu dijalankan, dakwa peguam.
Peguam Negara Tommy Thomas dalam satu kenyataan pada Rabu berkata rundingan antara Indonesia; di mana kapal pesiar mewah itu berlabuh, Malaysia dan AS telah membawanya kembali ke Malaysia.
Bagaimanapun, jurucakap DoJ berkata, AS tidak terlibat dalam rundingan antara Malaysia dan Indonesia. – 10 Ogos, 2018.
Komen