Kapal AS USS Thunderbolt lepaskan tembakan amaran


Episod menandakan yang terbaru dalam satu siri pertemuan rapat antara kapal-kapal AS dan kapal tentera laut Iran.– Gambar EPA, 25 Julai, 2017

KAPAL peronda Tentera Laut Amerika Syarikat melepaskan tembakan amaran terhadap kapal pengawal revolusi Iran di Teluk Parsi pada Selasa selepas ia mendekati dalam jarak 150 meter (137 meter), kata seorang pegawai pertahanan AS.

“Kapal IRGCN mendekati pada kelajuan yang tinggi, tidak memberi sebarang reaksi terhadap isyarat, mereka tidak menjawab apa-apa panggilan, mereka merasakan tidak ada pilihan melainkan untuk melepaskan tembakan amaran,” kata pegawai pertahanan kepada AFP yang enggan namanya disiarkan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 3:00 pagi waktu tempatan (0000 GMT) di utara Teluk Parsi, ketika kapal Iran mula mendekati USS Thunderbolt.

Selepas kapal AS melepaskan tembakan amaran, kapal Iran berhenti, kata pegawai itu, di mana Thunderbolt terus belayar.

Episod menandakan yang terbaru dalam satu siri pertemuan rapat antara kapal-kapal AS dan kapal tentera laut Iran.

Pada bulan Januari, kapal pemusnah USS Mahan melepaskan tembakan amaran pada empat kapal Pengawal Revolusi Iran yang mendekati dengan kelajuan tinggi di Selat Hormuz.

Pengawal Revolusi Iran adalah pasukan paramiliter yang menjawab secara langsung kepada pemimpin tertinggi republik Islam. – AFP, 25 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen