Kematian heroin Superman disahkan bunuh diri


Kematian Margot Kidder pada Mei lalu tidak dinyatakan secara spesifik punca kematiannya. – Gambar AFP, 10 Ogos, 2018.

KEMATIAN Margot Kidder, pelakon yang meraih kemasyhuran pada tahun 70-an sebagai Lois Lane dalam filem “Superman”, disahkan membunuh diri, kata pejabat koroner Montana.

Apabila beliau meninggal dunia pada Mei pada usia 69 tahun, ejennya atau pihak yang menguruskan majlis pengebumiannya tidak menyatakan dengan jelas punca kematian, tetapi pejabat Koroner Park County Montana mengumumkan beliau membunuh diri.

“Keluarga Cik Kidder menggesa mereka yang menderita penyakit mental, ketagihan dan/atau berfikir untuk bunuh diri agar mendapatkan kaunseling dan rawatan yang sesuai,” kata kenyataan itu.

Kematiannya selepas sebulan pereka Kate Spade dan Chef Anthony Bourdain membunuh diri, membangkitkan perhatian terhadap isu itu dan kepentingan berdepan dengannya.

Kidder membintangi trilogi Superman yang diterbitkan antara 1978-1983 sebagai wartawan Lane, yang juga mempunyai perasaan terhadap Clark Kent - dilakonkan oleh Christopher Reeve, yang meninggal pada 2004. – AFP, 10 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen