Saya sihat untuk jadi presiden PKR, kata Anwar


Gan Pei Ling Nabihah Hamid

Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 9 Ogos, 2018.

BAKAL Presiden PKR Anwar Ibrahim menepis cakap-cakap yang berkata beliau tidak sihat untuk mengetuai parti itu susulan masalah kesihatan yang dihadapinya baru-baru ini.

“Ini cuma masalah bahu. Ada orang sakit mental, ada masalah jantung, buah pinggang, itu lebih serius,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Anwar baru saja menjalani pembedahan untuk merawat kesakitan di bahunya dan bahagian belakang di Istanbul, Turki, bulan lalu.

Beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Jun kerana masalah di bahu dan belakang.

“Saya akan rajin menjalani fisioterapi,” katanya.

Anwar berkata Dr Wan Azizah Wan Ismail akan terus menjalankan tugasnya sebagai presiden sehingga kongres PKR pada November. – 9 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen