131 maut, 156,000 hilang rumah akibat gempa bumi Lombok


Pasukan penyelamat berdiri berhampiran bumbung masjid yang runtuh akibat gempa bumi di Lombok yang menyebabkan lebih 100 orang mati setakat ini. – Gambar EPA, 9 Ogos, 2018.

JUMLAH kematian akibat gempa bumi kuat di pulau Lombok, Indonesia meningkat melebihi 130 orang setakat semalam, sementara pihak berkuasa mohon bantuan makanan, air bersih dan perubatan untuk kira-kira 156,000 rakyatnya yang kehilangan tempat tinggal.

Ramai penduduk kampung yang masih ketakutan dan hilang rumah, berlindung di dalam khemah dipacak di sepanjang jalan atau di tepi sawah, sementara pondok perubahan dibuka untuk merawat mangsa yang cedera.

Mangsa di tempat perlindungan berkata bekalan makanan hampir habis, sementara ramai lagi yang lain mengalami trauma akibat gempa bumi berukuran 6.9 Skala Richter itu, yang berlaku dua kali dalam selang seminggu.

“Kami masih memerlukan bantuan jangka panjang, walaupun kami menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan,” kata jurucakap agensi bencana negara Sutopo Purwo Nugroho.

Kira-kira 1,477 cedera teruk dalam bencana itu dengan puluhan ribu rumah rosak, dan pihak berkuasa jumlah kematian dipercayai akan meningkat lagi.

Pekerja jentera berat masih mencari di bawah runtuhan rumah, sekolah dan masjid dengan harapan untuk berjumpa mangsa terselamat.

“Mayat sudah mulai reput dan kami percaya masih mangsa tertimbus yang hidup, itu sebabnya ini masa paling kritikal,” kata Nugroho. – AFP, 9 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen