Bomoh jadikan gadis hamba seks selama 15 tahun ditahan


Gadis itu yang kini berusia 28 tahun ditemui polis dalam keadaan bogel dalam sebuah gua berhampiran kampung Bajungan di Sulawesi Tengah pada Ahad. Indonesia sudah memperkenalkan undang-undang mengharamkan amalan sihir dan pesalah boleh dipenjarakan. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2018.

SEORANG bomoh Indonesia ditahan kerana menculik seorang remaja perempuan dan menjadikannya hamba seks selama 15 tahun dengan mendakwa beliau dirasuk semangar teman lelaki imaginasi gadis itu, kata polis hari ini.

Gadis itu yang kini berusia 28 tahun ditemui polis dalam keadaan bogel dalam sebuah gua berhampiran kampung Bajungan di Sulawesi Tengah pada Ahad.

Beliau dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 2003 ketika berusia 13 tahun, selepas berjumpa bomoh itu untuk merawat penyakitnya.

Ayah mangsa menghabiskan masa bertahun mencari anak perempuannya itu.

Tetapi polis berkata bomoh itu, yang anak lelakinya berkahwin dengan kakak mangsa memberitahu keluarga itu yang gadis itu sudah pergi jauh dan tidak akan kembali.

“Setiap hari bertahun lamanya, bomoh itu mengadakan hubungan seks dengan gadis itu berpura-pura dirasuk semangat lelaki,” kata ketua polis Iqbal Alqudusy kepada AFP pada Rabu.

Bomoh berusia 83 tahun itu dikenali sebagai Jago, menipu mangsa supaya percaya semangat seorang lelaki muda bernama Amrin tinggal di dalam badannya, kata Alqudusy. Mangsa percaya Amrin adalah teman lelakinya.

Bomoh itu dipercayai menyembunyikan wanita itu dalam gua pada siang hari dan mengadakan hubungan seks dengannya pada malam di sebuah pondok.

Polis menyelamatkan wanita itu yang kini berada di rumah perlindungan selepas menerima maklumat ahli keluarga.

“Dia sangat keliru, takut dengan orang dan mahu kembali ke gua itu,” kata ALqudusy menambah mangsa sedang menjalani terapi.

Bomoh itu berdepan hukuman penjara 15 tahun kerana mengadakan hubungan seks dengan budak bawah umur. Ahli keluarganya yang lain turut disiasat kerana gagal memaklumkan kepada polis.

Indonesia adalah negara majoriti Islam tetapi amalan karut masih luas diamalkan.

Penduduk sentiasa berjumpa bomoh, yang dianggap berkuasa ke atas semangat dan boleh mengubati penyakit luar biasa atau sekadar meminta nasihat mengenai kehidupan harian mereka.

Pihak berkuasa sudah memperkenalkan undang-undang mengharamkan sihir, pesalah boleh dipenjarakan sehingga tiga bulan atau denda 450,000 rupiah (RM160). – AFP, 8 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen